Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jepun- Malaysia rai ulangtahun hubungan diplomatik ke- 60 tahun hadapan

1:16pm 25/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 6 views Kota Kinabalu,Tempatan,YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan
MAKIO (kiri) dan Pairin (kanan) mengangkat mangkuk minuman bagi meraikan Hari Jadi Maharaja Jepun, Ke-83 malam tadi.

MAKIO (kiri) dan Pairin (kanan) mengangkat mangkuk minuman bagi meraikan Hari Jadi Maharaja Jepun, Ke-83 malam tadi.

KOTA KINABALU- Jepun dan Malaysia akan meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik pada tahun hadapan.

Menurut Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa, hubungan diplomatik tersebut merupakan hubungan tertua jika dibandingkan dengan mana-mana negara.

“Jalinan diplomatik yang dibina sejak 60 tahun lalu menyaksikan penglibatan kedua-dua negara dalam membangunkan Malaysia terutamanya dalam bidang teknologi tinggi serta industri perkhidmatan.

“Hubungan perdagangan dan perkongsian perniagaan antara kedua-dua negara juga turut berkembang maju di mana Jepun merupakan pelabur tertinggi di negara ini dan telah mewujudkan 340 ribu peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

“Dasar Pandang ke Timur sentiasa menjadi panduan kepada Malaysia dan juga Jepun dalam menyuburkan jalinan persefahaman di antara dua negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Meraikan Hari Jadi Maharaja Akihito Ke-83 di sini, malam tadi.

Tambahnya, jalinan kerjasama tersebut berkembang pesat dan hubungan rapat yang berterusan antara Jepun dan Malaysia tidak akan pernah tergugat.

Selain itu, Makio turut melahirkan rasa kagum kepada Malaysia yang telah berjaya melakukan transformasi bertenaga sejak 20 hingga 30 tahun yang lalu dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang teguh.

Beliau juga berkongsi maklumat tentang pertemuan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada bulan lepas.

“Kedua-dua pemimpin telah bersepakat untuk memperkukuhkan lagi kubungan baik ini melalui persetujuan negara Jepun akan memberi dua kapal patrol kepada kerajaan Malaysia bagi tujuan kawalan dan keselamatan perairan Pantai Timur Sabah selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

“Jepun juga akan terus menghantar pakar-pakar dari JICA dan universiti untuk berkerjasama dengan kerajaan negeri melalui universiti-universiti tempatan.

“Syarikat-syarikat swasta Jepun juga akan terus mengadakan projek-projek penanaman semula hutan bagi tujuan pelindungan haiwan-haiwan terancam,” jelasnya.

Menurut beliau, sehingga Oktober 2016, terdapat 350,000 rakyat Malaysia telah melancong ke negara matahari terbit tersebut dan jumlah tersebut meningkat tiga kali ganda daripada tahun 2015.

Hadir sama di majlis berkenaan adalah,Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Datuk Kitingan yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman.- Penerangan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan