Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jepun kagum usaha SMK Taman Tun Fuad menghasilkan tanaman organik

Penterjemah yang juga Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Inanam, Ng Keam Ke (kiri) memberi penerangan berkenaan tumbuhan tempatan kepada Koichi (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Wanihim (dua dari kanan) dan Pengerusi TEWL, Deric Chew.

KOTA KINABALU: Melestarikan pertanian dalam sekolah mampu meningkatkan kemahiran bertani dan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah dan masyarakat setempat.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun Fuad, Hajah Wanihim Othman berkata sekolah berkenaan mula terlibat dalam program pertanian apabila menyertai program Sustainable Garden anjuran sebuah badan NGO,To Earth With Love (TEWL).

“Pada 2015, buat pertama kalinya kami menyertai Pertandingan Pertanian Lestari Sekolah Menengah anjuran TEWL dan syukur kami telah dinobatkan sebagai Johan bersama dengan Sekolah Menengah La Salle.

“Melalui pertandingan tersebut, seramai 10 pelajar dengan diketuai oleh Guru Kemahiran Hidup, Samson Philippinos and Jimru Sangin telah membuka kebun kecil yang berkonsepkan kebun tanpa baja kimia dan menanam lebih 66 jenis tumbuhan terdiri daripada sayur-sayuran serta buah-buahan.

“Hasil tanaman dapat dituai selepas lima bulan ditanam dan dijual kepada para guru serta masyarakat setempat.

“Memandangkan sayur-sayuran ini ditanam secara organik, permintaannya mendapat sambutan daripada pembeli.

“Melalui aktiviti-aktiviti sebegini, ia turut membuka minda para pelajar bahawa bidang pertanian boleh memberi keuntungan kepada mereka yang berbudi kepada tanah,” katanya.

Tambah Wanihim melalui program berkenaan ia turut mendidik warga sekolah untuk menerapkan budaya kitar semula bahan-bahan terbuang seperti sisa makanan, daun-daun kering, rumput-rumput kering dan sebagainya dalam kehidupan mereka seharian.

Wanihim juga memaklumkan, SMK Taman Tun Fuad turut memenangi pertandingan yang sama pada tahun lepas dalam kategori ‘Champion Of The Champion’ dan pada tahun ini mereka tidak dibenarkan lagi untuk bertanding tetapi akan menjadi mentor kepada mana-mana sekolah yang berminat untuk membuat baja kompos.

“Pada 20 Februari ini, kami akan mengadakan bengkel membuat baja kompos kepada sekolah-sekolah yang berminat untuk menyertai pertandingan Sustainable Garden anjuran TEWL dan pada tahun ini kerana salah satu syarat untuk menyertai pertandingan, sekolah mesti boleh menghasilkan baja kompos” jelasnya kepada pemberita.

Sementara itu, Mayor Bandaraya Nakajima, Kato Koichi sangat kagum dengan usaha yang telah dijalankan oleh SMK Taman Tun Fuad dalam menghasilkan tanaman organik.

“Saya amat kagum melihat usaha para pelajar dan guru-guru di sekolah ini. Banyak yang dapat saya belajar pada hari ini dan pastinya saya akan membawa balik pengalaman dan idea tanaman organik di sekolah ini untuk diadaptasikan di sekolah-sekolah di sana nanti.

“Pada April ini, seramai 60 pelajar Sekolah Menengah Rendah Nakajima dan saya akan maklumkan kepada Pengetua sekolah berkenaan untuk melawat SMK Taman Tun Fuad untuk belajar dan berkongsi idea dengan mereka.

Wanihim dan Koichi berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke kebun tanaman organik SMK Taman Tun Fuad hari ini./PENERANGAN.

KREATIF… Koichi melihat hasil kraftangan bakul yang dihasilkan daripada kertas surat kabar lama oleh para pelajar SMK Taman Tun Fuad.

 

Komen


Berita Berkaitan