Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jepun, IS capai sepakat

is jepun

Tokyo: Jepun dan militan Negara Islam mencapai persetujuan membebaskan wartawan perang Kenji Goto sebagai pertukaran untuk wanita penyokong al-Qaeda, Sajida al-Rishawi.

Seorang diplomat kanan Jepun memberitahu agensi berita Russia, perkembangan itu adalah perkhabaran baik untuk semua pihak yang terbabit.

Timbalan Menteri Luar Jepun, Yasuhide Nakayama malam tadi berkata, pembebasan Goto akan dimaklumkan pada bila-bila masa.

Goto ditangkap bersama seorang lagi warga Jepun, Haruna Yukawa di Syria pada Oktober tahun lalu.

IS kemudian menuntut Tokyo membayar wang tebusan bernilai AS$200 juta (RM723 juta) untuk membebaskan kedua-dua mereka.

Selepas tempoh diberikan berakhir, Yukawa dipancung.

IS kemudian menuntut Sajida – pengebom berani mati yang gagal dalam cubaannya meletupkan diri di Amman, Jordan – dibebaskan sebagai pertukaran untuk nyawa Goto.

Sementara itu jurucakap kerajaan Jordan berkata, Amman bersedia membebaskan Sajida jika seorang juruterbang negara itu – yang juga dijadikan tawanan oleh IS – dibebaskan.

Kelmarin, satu rakaman video dimuat naik oleh IS memaparkan Goto berpakaian oren sambil memegang gambar juruterbang tentera Jordan, Muadh al-Kasasbeh.

Ibu Goto pula semalam cuba bertemu Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe untuk menyampaikan rayuannya.

Bagaimanapun Junko Ishido gagal bertemu Abe.

“Sebagai seorang ibu, saya amat berharap Goto dapat menjejakkan kakinya semula di Jepun,” katanya.-Agensi

Komen


Berita Berkaitan