Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jepun bergegar lagi

12:50pm 17/04/2016 Pak Roshan 11 views Global
KEADAAN tanah runtuh di Mimami-Aso yang dirakam dari udara.

KEADAAN tanah runtuh di Mimami-Aso yang dirakam dari udara.

Kumamoto: Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari berpuluh-puluh mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan dan timbunan lumpur semalam selepas satu lagi gempa bumi berukuran 7.3 magnitud melanda barat daya Jepun.

Gempa bumi kuat kedua dalam tempoh 24 jam itu melanda pada jam 1.25 pagi (waktu tempatan) menyebabkan sekurang-kurangnya 32 maut dan 1,000 cedera.

Pada Khamis lalu wilayah ini dilanda gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang menyebabkan sembilan orang terbunuh.

Jabatan kaji cuaca meramalkan hujan lebat dan cuaca sejuk melanda kawasan itu yang menyukarkan lagi usaha menyelamat.

Imej di televisyen menunjukkan banyak bangunan runtuh dan terbakar, jalan raya merekah serta tanah runtuh.

“Pada mulanya saya terasa gegaran kecil sebelum saya tercampak beberapa kali. Saya seperti berada dalam mesin basuh,” kata seorang pelajar Universiti Tokai.

Katanya, dia kini masih terperangkap di kampung Minamiaso di wilayah Kumamoto yang terletak di pulau Kyushu.

Ramai penduduk yang ketakutan membalut tubuh mereka dengan selimut dan tidur di luar rumah manakala sebilangan lagi membina khemah di kawasan sawah.

Pihak berkuasa berkata, kira-kira 422,000 isi rumah tidak mempunyai bekalan air dan 100,000 lagi terputus bekalan elektrik.

Polis mengesahkan 32 penduduk maut dalam gempa bumi kedua itu dan 190 yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Askar kini dikerahkan ke kawasan bencana untuk membantu usaha menyelamat dan membina khemah untuk mangsa. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan