Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jentera pilihan raya UMNO perlu bersiap sedia hadapi PRU-14

MESRA…Abd.Razak bersalaman dengan jentera parti sejurus tiba ke PDM tersebut.
SEMPORNA: Jentera pilihan raya  khususnya UMNO perlu diperkasa dan bersiap-siaga sepanjang masa bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang semakin hampir. 
 
Bendahari Umno Bahagian Semporna Datuk Haji Abd.Razak Tun Sakaran , berkata kesiap siagaan ini seharusnya bermula sejak awal lagi, dan pada peringkat menuju ke ambang pintu PRU ke 14 ini, tanggungjawab pemimpin parti di peringkat akar umbi ialah memperkemaskinikan lagi gerakan dan persediaan di peringkat Pusat Daerah mengundi(PDM).
 
Menurut beliau peringatan ini telah disuarakan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini dimana pemimpin parti perlu mempertingkatkan pertemuan serta turun padang bersama akar-umbi dan masyarakat di kawasan masing-masing.
“ Sebagai jentera parti  BN khususnya Umno  kita perlu bersiap siaga menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang bagi memastikan kemenangan besar dapat dicapai disamping melipat gandakan usaha dengan memberi tumpuan lebih terhadap beberapa kawasan sasaran” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi  Kampung Tagasan Semporna baru baru ini.
Razak yang juga ahli lembaga pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) turut menyatakan, Ketua Ketua Cawangan, Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan ketua ketua daerah mengundi perlu mengenalpasti pengundi di kawasan  masing masing dengan mengemaskini senarai daftar daftar pemilih yang telah diedarkan oleh ibu pejabat parti.
“Saya merasakan bahawa seteru politik pada masa kini telah melipatgandakan kerja-kerja mereka, namun saya yakin sekiranya usaha-usaha kita (BN/Umno)  ditingkatkan  dari apa yang mereka lakukan , maka kawasan-kawasan tumpuan kita akan dapat perolehi kemenangan,” katanya.
Tambah Razak, walaupun kawasan tersebut dikaitkan dengan pelbagai spekulasi oleh parti lawan  namun pemimpin dan ahli parti tidak perlu gusar dengan sentiman yang dimainkan oleh  mereka, sebaliknya mereka perlu lebih fokus untuk menyakinkan rakyat dengan pelbagai dasar dan program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan demi masa depan rakyat khususnya di kawasan tersebut. 
Mengulas lawatan tersebut Abd.Razak berkata beliau berpuas hati dengan persediaan yang dilakukan di PDM  Tagasan, namun perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa kerana parti akan akan memainkan pelbagai isu yang perlu ditangkis oleh pemimpin terutamanya pemimpin akar umbi agar maklumat tepat dapat disampaikan kepada rakyat dan mereka tidak mudah dikelirukan dengan pelbagai isu yang dimainkan oleh parti pembangkang./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan