Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,774

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jentera pilihan raya UMNO Batu Sapi sedia hadapi PRU 14

3:38pm 14/11/2016 Leolerry Lajius 67 views Politik,Sandakan,Tempatan
Siap siaga UMNO Batu Sapi....Samsudin bergambar kenangan bersama ketua-ketua UMNO cawangan Batu Sapi.

Siap siaga UMNO Batu Sapi….Samsudin bergambar kenangan bersama ketua-ketua UMNO cawangan Batu Sapi.

SANDAKAN: Ketua UMNO bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya berkata jentera Pilihanraya UMNO Batu Sapi sudah bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 akan datang.

Beliau berkata jentera UMNO Batu Sapi telah membuat gerak kerja dengan sistematik sehingga ke peringkat mikro iaitu merekodkan setiap maklumat pengundi di peti undi termasuk pengundi dari parti-parti komponen.

“Apabila kita telah mempunyai maklumat yang lengkap, maka kita akan bergerak dengan selesa kerana mengetahui kekuatan yang kita ada,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa Program Membara bersama-sama dengan Ketua-ketua cawangan UMNO, Ketua-ketua Kampung dan Pengerusi JKKK Parlimen Batu Sapi di Dewan Perumahan PPR, Batu Sapi Sandakan baru-baru ini.

Samsudin yang juga Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Batu Sapi menjelaskan yang merupakan  jentera-jentera di Parlimen BN Batu Sapi serta UMNO Batu Sapi telah bersiap sedia untuk bergerak aktif bagi memastikan PRU ke 14 BN menang ketiga-tiga kerusi, iaitu Dun Sekong, Dun Karamunting dan Parlimen Batu Sapi. Terkini jumlah berdaftar mengikut Parlimen dan Dun; Dun Sekong 14,643 pemilih, Dun Karamunting 15,779 pemilih dan Parlimen Batu Sapi 30,422 pemilih.

Menurut beliau, bagi mendekati pengundi, beliau mengamalkan sikap mesra rakyat. Rakyat mudah mendekati pemimpin untuk mengadu dan meminta bantuan.

“Saya yakin rakyat lebih suka sekiranya pemimpin mudah di dekati. Mereka akan lebih selesa dan tidak perlu mengikut protokol setiap masa. Apa yang penting pada saya adalah berjumpa seramai mungkin dengan orang ramai. Merekalah pengundi kita.

“Satu undi mereka amat bermakna buat kita. Oleh itu, saya amat mementingkan para pengundi. Setiap masalah yang diajukan akan cuba diselesaikan sebaik mungkin,” katanya lagi.

Samsudin yang juga Adun Sekong meminta pemimpin masyarakat supaya peka dengan perkembangan semasa dan sentiasa bekerja keras mendekati rakyat bagi mempastikan setiap program pembangunan Kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sementara itu, beliau turut menyarankan barisan kepimpinan Ketua-ketua UMNO cawangan agar sentiasa merapatkan saf kepimpinan parti dan terus meningkatkan perpaduan dikalangan ahli-ahli bagi mempastikan parti UMNOP dan Barisan Nasional (BN) terus kukuh, dan cukup bersedia menghadapi PR14 bagi mempastikan ketiga (3) kerusi BN Parlimen Batu Sapi dapat dipertahankan.

Sebagai penyokong dan pendukung kuat kepada Parti Umno, yang telah menjadi tulang belakang kerajaan BN semua anggota parti, dihendaki sentiasa bersiap siaga, agar kekuatan Parti dapat diterjemahakan dengan kemenangan yang besar dalam pilihanraya yang akan datang, selaras dengan asas perjuangan Parti, demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan Negara.

Majlis diakhiri penyerahan menyerahkan baju T dan bendera BN kepada ketua-ketua Cawangan yang hadir.

Hadir sama Ketua Wanita UMNO Batu Sapi, Rhimah Asrah, Naib Wanita Marlinah Mustapha, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Sekong, Zantapha Zinal Abidin, Naib Ketua Puteri Khatijah Ebrahim serta ahli jawatankuasa UMNO bahagian, Wanita dan Puteri UMNO Batu Sapi./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan