Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jentera bomba pun kena curi

ORANG ramai melihat jentera bomba yang dibiarkan di tengah jalan selepas dilarikan pencuri.
ORANG ramai melihat jentera bomba yang dibiarkan di tengah jalan selepas dilarikan pencuri.

Jakarta: Polis percaya individu yang melarikan sebuah jentera pemadam api dari sebuah balai bomba di sini semalam adalah tidak siuman atau mabuk.

Jentera berkenaan dilarikan dari sebuah balai bomba di Sudin, Jakarta Timur pada malam semalam sebelum ditemui di Jalan MH Thamrin di Jakarta Tengah.

Kehadiran jentera itu di tengah jalan memeranjatkan orang ramai yang menyertai Hari Tanpa Kenderaan di Jalan MH Thamrin pada pagi semalam.

Gambar jentera berkenaan yang mengganggu laluan orang ramai turut menjadi viral di laman sosial di Indonesia.

Polis kemudian mengesahkan bahawa jentera itu sebenarnya dicuri.

Jurucakap polis Nasriadi berkata, kes kecurian itu pelik kerana mustahil jentera pemadam api menjadi sasaran pencuri.

“Kami masih menyiasat dan memburu suspek yang mencuri jentera ini.

“Kami percaya pencuri ini mungkin gila atau mabuk kerana mencuri jentera itu,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan