Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jentera BN Semporna Perlu Teruskan Gerak Kerja Sentuh Hati Rakyat

SEMPORNA, 6 Jan – Jentera pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Barisan Nasional di Semporna diingatkan tidak terlalu yakin dengan gerak kerja sedia ada tetapi perlu menggunakan baki tempoh menjelang pilihan raya untuk terus bekerja menyentuh hati rakyat.

Pemangku Ketua Bahagian UMNO Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata masa dan peluang yang ada hendaklah dimanfaatkan jentera Wanita, Puteri serta Pemuda UMNO untuk meyakinkan rakyat mengundi Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO.

“Setakat ini, jentera bergerak dengan baik hampir setiap minggu jentera kita bergerak ke zon-zon atau Pusat Daerah Mengundi termasuk di kawasan pulau-pulau mendekati rakyat.

“Jentera terus bekerja bagi memastikan tiada rakyat tertinggal daripada capaian bantuan kita, ” katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program perjumpaan jentera Jalinan Rakyat (JR) Wanita UMNO di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nasir mahu jentera UMNO diketuai pergerakan Wanita bijak menepis serangan negatif pembangkang yang berleluasa dalam media sosial dengan mengambil pendekatan menjelaskan perkara sebenarnya kepada rakyat ketika sesi turun padang.

“Guna pendekatan bijak untuk menjelaskan perkara betul dan agenda pembangunan kerajaan untuk rakyat Semporna,” katanya pengundi berdaftar paling ramai di Semporna adalah wanita.

Sementara itu, beliau turut percaya UMNO akan mempertahankan semua kerusi di Semporna dan perkara itu akan dibuktikan pada PRU14.

“Rakyat Semporna tahu menilai dan akan memilih UMNO kerana jasa parti itu terhadap penduduk daerah cukup besar dengan menikmati pembangunan serta bantuan kerajaan,” katanya.

–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan