Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jenis darah pengaruhi ‘kehebatan’ lelaki

10:21am 07/03/2017 Pak Roshan 3303 views Global

London: Jutaan lelaki di United Kingdom mengalami masalah ketika bersama pasangan akibat pelbagai faktor, termasuk umur, obesiti serta penyakit seperti diabetis dan kini, saintis mendakwa ada punca lain menjejaskan kemampuan seksual lelaki iaitu jenis darah.

Kajian mendapati lelaki berdarah jenis A, B atau AB mempunyai kemungkinan empat kali ganda mengalami masalah lemah tenaga batin atau mati pucuk berbanding mereka yang darahnya jenis O.

Kira-kira 44 peratus lelaki di United Kingdom mempunyai darah jenis O.

Kajian mendapati seorang daripada setiap 10 lelaki mengalami masalah mati pucuk pada satu-satu ketika dalam hidup dengan satu pertiga mengalaminya selepas berusia 40 tahun.

Kajian terbaru jenis darah mempengaruhi kemampuan seksual lelaki itu dilakukan pasukan di Universiti Ordu, Turki.

Mereka menggunakan 350 lelaki yang dibahagi kepada dua kumpulan iaitu yang zakar bermasalah untuk tegang dan yang sukar memastikan ketegangan berterusan.

Jenis darah mereka kemudian diperiksa dan hasilnya yang disiarkan dalam Archives of Italian Urology and Andrology, mendapati lelaki yang darahnya jenis A, B atau AB mempunyai kemungkinan empat kali ganda untuk gagal bersama pasangan berbanding mereka yang berdarah O.

Hanya 16 peratus mereka yang berdarah O menghadapi masalah untuk tegang berbanding 42 peratus yang berdarah jenis A.

Saintis yang membuat penemuan itu menyatakan fakta itu menyokong kajian sebelum ini bahawa jenis darah juga mempengaruhi kemungkinan risiko sakit jantung.

Tidak dapat dipastikan bagaimana jenis darah boleh mempengaruhi kemampuan seksual namun sejak 100 tahun lalu, saintis mengesyaki ia mempengaruhi kesihatan, termasuk kemungkinan menyebabkan sakit jantung, barah, ketidaksuburan dan ulser.

Masalah jantung contohnya, kurang ditemui pada lelaki yang darahnya jenis O. – DM/Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan