Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jeneral dalang

9:46am 20/07/2016 Pak Roshan 58 views Global
AKIN - Agensi

AKIN – Agensi

Ankara: Lebih dua dozen jeneral termasuk bekas ketua tentera udara Turki didakwa lewat kelmarin atas tuduhan merancang rampasan kuasa terhadap Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Mahkamah di Ankara pada lewat Isnin waktu tempatan) mengarahkan 26 pegawai itu direman selepas didakwa merancang rampasan kuasa berkenaan, termasuk bekas ketua tentera udara Jeneral Akin Ozturk yang dianggap dalang kejadian.

Tarikh perbicaraan seterusnya belum ditetapkan. Mereka didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk cuba menggugat perintah perlembagaan, mengetuai kumpulan bersenjata dan merancang membunuh presiden.

Dalam kenyataannya kepada pendakwa, Akin menafikan dia dalang perancangan berkenaan.

“Bukan saya yang merancang atau mengetuai rampasan kuasa itu. Saya tidak tahu siapa yang merancang dan melaksanakannya,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.

Tindakan diambil pihak berkuasa Turki susulan kejadian itu menimbulkan kebimbangan negara sekutunya terutama perbuatan mendedahkan identiti suspek kepada media selain tahanan dilayan kasar.

Kementerian dalam negeri berkata, hampir 9,000 orang termasuk hampir 8,000 polis ditangkap manakala pegawai kerajaan dipecat sejak kejadian itu.

Erdogan menyelar kejadian itu – yang mengakibatkan lebih 300 kematian – sebagai usaha menggulingkannya oleh penentang utamanya, ulama Fethullah Gulen yang dalam buangan di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS).

Namun tindakan pihak berkuasa menahan lebih 7,500 orang setakat ini menimbulkan kebimbangan sekutu Turki, Kesatuan Eropah (EU) dan NATO yang menggesa supaya Ankara tidak mengetepikan kedaulatan undang-undang dalam menyelesaikan konflik.

Cadangan Erdogan bahawa hukuman mati bakal diperkenalkan semula di Turki membimbangkan negara Eropah yang memberi amaran tindakan berkenaan mampu menjejaskan usahanya menganggotai EU. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan