Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jenazah Sudarmin Aminuddin Akan Dikebumi Di Tawau

Sudarmin Aminuddin
Sudarmin Aminuddin

TAWAU – Jenazah anak kapal ‘FMSUV FOF LEO’ yang berasal dari Kampung Kinabutan Kecil Tawau, Sabah akan dibawa pulang untuk dikebumikan.

Menurut Hariayati Aminuddin, kakak mangsa Sudarmin Aminuddin, syarikat mangsa bekerja telah berjanji untuk membawa jenazahnya pulang ke Tawau.

“Saya telah dihubungi oleh pegawai tempat adik saya bekerja sekitar 3.30 pagi memaklumkan Sudarmin telah dijumpai.

“Jenazahnya sekarang dalam perjalanan ke darat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Mayat Sudarmin yang sebelum ini dikhuatiri terjatuh ke dalam laut di 86.8 batu nautika dari Tanjung Berhala, Kemaman, Terengganu pada Ahad lepas ditemui pagi tadi.

Mangsa berusia 31 tahun dilaporkan sedang menjalani latihan menyelamat “Fast Rescue Force” di atas kapal berkenaan sebelum terjatuh ke dalam laut pada petang Ahad lepas. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan