Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jenazah Razkan selamat dikebumikan

Ibu Allahyarham Razakan, Subarah Jili memegang gambar anaknya yang terkorban dalam nahas helikopter Sabtu lepas.
Ibu Allahyarham Razkan, Subarah Jili memegang gambar anaknya yang terkorban dalam nahas helikopter Sabtu lepas.

TUARAN – Jenazah Koperal Razkan Seran selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sg Damit, Tengilan di sini kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Jenazah Razkan, 31, tiba di sini jam 8.45 malam dari Kota Kinabalu, kemudian dibawa ke Masjid Kampung Sg Damit untuk solat jenazah serta bagi peluang anggota keluarga terdekat memberi penghormatan terakhir sebelum Allahyarham dikebumikan.

Turut berada di tanah perkuburan itu ialah isterinya, Seti Nurafenei Anou, 29, dan dua anaknya; ibu Razkan, Subarah Jili, 69, selain ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai serta penduduk kampung.

Suasana pilu menyelubungi sebaik jenazah Razkan tiba di tanah perkuburan itu selepas disembahyangkan di Masjid Kampung Sungai Damit.

Allahyarham Razkan merupakan antara enam mangsa terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor kira-kira 4.55 petang Sabtu.

Terdahulu, jenazah Razkan tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kira-kira jam 7.50 malam tadi dari Pangkalan Udara TUDM Subang, dengan diiringi isteri Setinurafenie dan dua anaknya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman turut berada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan jenazah selain keluarga, saudara mara serta sahabat Allahyarham.

Pesuruhjaya Polis Sabah menyambut ketibaan jenazah Koperal Razakan Seran di Terminal 2 KKIA, petang semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah menyambut ketibaan jenazah Koperal Razakan Seran di Terminal 2 KKIA, petang semalam.

Komen


Berita Berkaitan