Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jenazah Pelajar Malaysia Kemalangan Di Mesir Tiba Di LCCT

studentmesir

SEPANG: Jenazah pelajar Malaysia di Mesir, Ummi Nadiah Filzah Daud, 21, yang maut dalam kemalangan jalan raya dua minggu lepas di Mesir, tiba di Kompleks Kargo Terminal Tambang Murah ( LCCT) di sini malam tadi.

Penerbangan yang membawa jenazah Allahyarham bersama ibu dan bapanya, tiba kira-kira 6 petang.

Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Borg el Arab lewat malam tadi.

Turut kelihatan di pintu masuk terminal di sini bagi menuntut jenazah Allahyarham, adalah abangnya dan saudara mara terdekat.

Turut berada di sini beberapa pegawai dari Kementerian Pendidikan.

Setelah urusan dokumentasi selesai, van yang membawa jenazah dilihat keluar dari terminal pukul 7.30 malam.

Seorang bapa saudara Allahyarham yang enggan namanya disiarkan berkata Allahyarham yang merupakan anak ketiga dari empat beradik, adalah seorang anak yang baik, peramah dan bijak.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Tasik Putri, Rawang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di kawasan itu.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku bila van yang membawa Ummi Nadiah Filzah dan rakan-rakannya yang semuanya pelajar Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah melanggar bahagian belakang sebuah lori lalu terbabas.

Pelajar-pelajar itu tercampak keluar van. Lima pelajar lain cedera dan pemandu terselamat.

Pelajar-pelajar itu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Borg el Arab untuk pulang bercuti semester di Malaysia.

Komen


Berita Berkaitan