Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jenazah biduanita negara selamat dikebumikan

SAdikebumikan

KUALA LUMPUR 5 Julai – Jenazah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini, 61, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini, kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Jenazah Allahyarham sebelum itu dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Al- Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail.

Penyanyi yang popular dengan lagu Bunga Tanjung itu meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara akibat jangkitan fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu.

Turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah rakan-rakan artis iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Hattan, Hail Amir, Uji Rashid, Salwa Abdul Rahman, Ziela Jalil, Datuk DJ Dave dan Nassier Wahab.

Semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, anak tunggalnya, Aliff Omar, 33, turut berada di sisi.

Komen


Berita Berkaitan