Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jenazah Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman diterbangkan ke Kuala Lumpur malam ini

Jenazah Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman disolatkan sebelum diterbangkan dengan pesawat Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Jenazah Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman akan diterbangkan balik ke Kuala Lumpur pada malam ini.

Adik kepada allahyarham, Ida Lokman, bila ditemui di Masjid Negeri, berkata jenazah abangnya telah selesai disolatkan dan akan diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan pesawat Malaysia Airlines Berhad nanti.

Ida Lokman. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Katanya, keluarga mereka sudah bersedia di Petaling Jaya dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur pagi esok.

Beliau merakamkan ucapan terimakasih bagi pihak keluarga atas segala pertolongan daripada kenalan allahyarham di Sabah yang memungkinkan proses membawa balik jenazah abangnya berjalan dengan lancar.- SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan