Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,787

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jenayah potong rumput

9:56am 08/08/2016 Pak Roshan 27 views Global
WALL berdiri di kawasan rumput di luar rumahnya. - MailOnline

WALL berdiri di kawasan rumput di luar rumahnya. – MailOnline

London: Seorang lelaki mungkin didakwa atas tuduhan melakukan kerosakan jenayah selepas dia memotong rumput di luar kawasan rumahnya.

Robert Wall, 71, memberitahu, selama empat tahun dia memotong rumput di kawasan milik majlis daerah di luar kawasan rumahnya di Rainham, London.

Bagaimanapun, dia diberi amaran keras oleh majlis perbandaran untuk menghentikan tindakan itu atau bakal didakwa di mahkamah.

“Sangat melampau untuk mendakwa seseorang di mahkamah kerana mencantikkan pemandangan di kawasan tempat tinggalnya sendiri.

“Mungkin satu hari nanti penduduk tidak mahu mengutip sampah di luar rumah mereka kerana bimbang didakwa di mahkamah,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan