Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jenayah melibatkan remaja bawah 21 tahun perlu diatasi

Azis (tengah) menerima cenderahati daripada Zulkifli sempena Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Sabah 2018. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Kes jenayah melibatkan golongan remaja di negara ini memerlukan langkah pencegahan yang lebih berkesan bagi mengelak lebih ramai anak muda terjebak dalam aktiviti tidak sihat.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, semua pihak perlu memberikan kerjasama serta membantu pihak berkuasa mencegah penglibatan remaja dalam kegiatan negatif.

Menurutnya, ketika ini pelbagai usaha dilakukan Jabatan Penjara termasuk program pendidikan dan pencegahan jenayah iaitu ‘Mesej Dari Penjara’ bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MACPF).

“Program Mesej Dari Penjara bukanlah satu program baharu kerana ia telah dilaksanajan sejak 18 tahun lalu bermula tahun 2000, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan bagi membimbing, membina keinsafan dan mencegah penglibatan pelajar dalam kegiatan jenayah.

“Situasi ini amat merisaukan apabila seramai 3,700 remaja bawah 21 tahun kini ditahan atau menjalani hukuman di penjara. Sewajarnya ketika ini mereka berada di sekolah, pusat latihan atau pusat pengajian tinggi serta membina kerjaya masing-masing.

“Bayangkan kerugian yang berlaku kepada keluarga, masyarakat dan negara kerana terdapat anak-anak yang terpaksa menjalani kehidupan di penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Sabah 2018 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman, di sini hari ini.

Zulkifli berkata, program Mesej Dari Penjara adalah medan pendedahan secara terus kepada masyarakat dalam menyampaikan maklumat tentang kesan perlakuan jenayah.

Beliau menjelaskan, program itu merupakan sumbangan jabatan itu kepada masyarakat yang turut bekerjasama dalam usaha pemulihan dan pembangunan semula insan.

Tambah beliau lagi, jabatan itu amat mengalu-alukan sokkngan dan sumbangan semua pihak untuk memberikan peluang kepada mereka dalam menjalani fasa pemulihan agar dapat menjadi warganegara berguna apabila dibebaskan. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan