Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jenayah Juvana Menurun Dengan Ketara Di Labuan

11:54am 22/04/2016 Pak Roshan 62 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan

pukul

LABUAN – Bilangan kes jenayah juvana yang melibatkan pelajar sekolah di pulau bebas cukai ini menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya, dengan sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan dalam program komuniti polis-sekolah.

Jumlah kes Juvana yang direkodkan dari Januari hingga April tahun ini adalah tujuh kes melibatkan pelajar sekolah, 11 kes pada tahun lepas (empat pelajar sekolah) dan sembilan kes pada 2014, dengan enam daripada mereka adalah pelajar sekolah.

Ketua Polis daerah Labuan Supt Labuan Adzhar Othman berkata kerjasama erat daripada masyarakat menyumbang kepada penurunan kes jenayah juvana sekali gus mengurangkan indeks juvana.

“Kami gembira kesedaran tentang jenayah meningkat dalam kalangan pelajar yang membolehkan pencegahan jenayah dapat dilaksanakan pihak berkuasaa,” katanya pada sidang akhbar selepas sambutan Hari Kadet Polis ke-46 di SMK Pantai di sini. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan