Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,685

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jemaah umrah pertama tiba di Madinah

11:37am 24/11/2015 Pak Roshan 5 views Global
SEBAHAGIAN jemaah dari Malaysia yang tiba di Lapangan Terbang Madinah, kelmarin.

SEBAHAGIAN jemaah dari Malaysia yang tiba di Lapangan Terbang Madinah, kelmarin.

Madinah: Penerbangan pertama membawa jemaah umrah yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad bin Abdul Aziz di sini tiba kelmarin dengan membawa 489 jemaah dari Malaysia.

Musim umrah kali ini bermula pada 1 Safar (13 November) lalu dan berterusan sehingga 15 Syawal 1437 Hijrah (20 Julai 2016).

Sebelum ini, beberapa penerbangan membawa jemaah dari India dan negara lain mendarat di Jeddah.

Ketibaan jemaah dari Malaysia di lapangan terbang di Madinah itu disambut pegawai kementerian haji dan jabatan lain yang terbabit dalam perkhidmatan ibadah berkenaan.

Bercakap kepada Saudi Gazette di bandar suci itu, Menteri Haji Bandar Al-Hajjar berkata, penggunaan teknologi moden membantu pihaknya menyediakan perkhidmatan lebih pantas kepada jemaah.

Arab Saudi merancang menggandakan jumlah visa yang dikeluarkan untuk jemaah umrah.

Oktober lalu, Bandar mengumumkan, seramai 1.25 juta jemaah dijangka mengerjakan ibadah itu setiap bulan, berbanding 400,000 pada musim lalu.

Sistem baru itu membenarkan penggunaan sepenuhnya projek pembesaran Masjidil Haram. – Saudi Gazette/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan