Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jemaah umrah berkurangan musim ini

SUASANA di Masjidilharam kelmarin.
SUASANA di Masjidilharam kelmarin.

Jeddah: Jumlah umat Islam yang mengerjakan umrah tahun ini setakat ini berkurangan berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Jawatankuasa Haji dan Umrah Arab Saudi
Marwan Shabaan berkata, ketibaan jemaah umrah agak lembap, berkurang sebanyak 250,000 orang berbanding musim lalu.

“Ia mungkin disebabkan keadaan yang berlaku di rantau ini, termasuk kadar tukaran wang yang rendah, keadaan ekonomi orang ramai, keadaan politik dan keselamatan di seluruh dunia serta ketidakstabilan di rantau ini. Semua faktor itu menjejaskan ketibaan jemaah umrah,” katanya.

Pihak berkuasa Saudi mengeluarkan 2.182 juta visa umrah setakat Khamis lalu.

Menurut Kementerian Haji, daripada jumlah itu, 1.8 juta jemaah sudahpun tiba dan 500,000 lagi dijangka datang dalam masa beberapa hari lagi.

Paling ketara tahun ini ialah kekurangan jemaah dari Bangladesh, Tunisia dan Yaman.

Marwan percaya bilangan jemaah akan meningkat pada Ramadan sekiranya kementerian menambah jumlah jemaah berbanding hanya 500,000 pada bulan berkenaan.

Seorang pengusaha perkhidmatan umrah, Waleed Abu Saba mengesahkan, musim umrah kali ini lebih teruk berbanding tahun sebelumnya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan