Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jemaah tertimbus bawah masjid

Masjid di Dusun Lading, Tanjung, Lombok Utara, yang runtuh. – FOTO BNPB

 

JUMLAH kematian akibat gempa bumi melanda Pulau Lombok semalam, dijangka melebihi 91 orang yang diumumkan setakat ini berikutan gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan termasuk usaha mengeluarkan mangsa di bawah runtuhan sebuah masjid di Lombok Utara.

Ketua penerangan Agensi Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah mangsa tertimbus di bawah masjid di Dusun Lading Lading, Tanjung, Lombok Utara, yang runtuh.

“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang kami peroleh, ada dua hingga tiga saf jemaah sedang solat Isyak dalam masjid itu ketika gempa melanda,” katanya di sini, hari ini.

Sebahagian besar kematian akibat gempa bumi itu berlaku di Lombok Utara dengan jumlahnya 71 orang daripada keseluruhan 91 mangsa.

Menurut Sutopo, dua mangsa mangsa maut di Pulau Bali yang berhampiran.

Menurutnya, berikutan ketiadaan jentera berat, kerja mengalihkan runtuhan masjid terpaksa dilakukan dengan tangan.

Menurut agensi itu, 209 mangsa cedera, kebanyakannya luka-luka dan ribuan rumah rosak, sama ada runtuh sepenuhnya atau sebahagian akibat gempa bumi sekuat 7.0 yang berlaku 6.46 petang waktu tempatan, semalam.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofisik Indonesia menyatakan berlaku 170 gegaran susulan sehingga 3 petang hari ini dengan paling kuat berukuran 5.5. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan