Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Jangkitan MERC-COV

haji

MAKKAH: Jemaah haji tidak perlu bimbang terhadap jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-Cov) kerana jangkitan itu dilaporkan tidak berlaku di kedua-dua kota suci Makkah dan Madinah, yang menjadi pusat tumpuan ibadah musim haji nanti.

 

Pengerusi Muassasah Asia Tenggara Tan Sri Sheikh Zuhair A. Hamed Sadayu berkata kerajaan Arab Saudi juga telah mengambil pelbagai langkah bagi menangani MERS-Cov.

 

Beliau berkata kes terbaharu berkaitan MERS-Cov hanya dilaporkan berlaku pada Mei lepas di luar kawasan kedua-dua kota suci itu.

 

Bagaimanapun, Zuhair menasihati jemaah haji supaya tidak melakukan aktiviti luar seperti melawat ladang unta atau kebun kurma

 

“Jemaah haji tidak digalakkan melawat ladang ternakan haiwan, kebun kurma dan tempat penyembelihan ketika membayar Dam,” katanya kepada pemberita menerusi penterjemah di sini, hari ini.

 

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan pimpinan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi membincangkan persiapan akhir musim haji tahun ini. Turut hadir Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Tan Sri Ismee Ismail.

 

Sementara itu Abdul Azeez berkata TH juga telah mengambil langkah-langkah tertentu seperti menggalakkan jemaah haji memakai topeng muka, selain memberikan suntikan tertentu untuk jemaah haji sebelum berlepas ke tanah suci.

 

Abdul Azeez berkata, mereka yang mengalami asma yang teruk sebelum berlepas ke tanah suci juga akan diberikan rawatan sewajarnya bagi memastikan ia tidak menjangkiti jemaah lain.

 

“Virus Mers-CoV didapati mudah berjangkit kepada mereka yang menghidap asma, berikutan cuaca agak panas pada musim haji yang dijangka melebihi 45 darjah celsius. Jemaah haji dinasihatkan membawa ubat-ubatan yang bersesuaian bagi mengelakkan mereka mengalami batuk atau asma,” katanya.

 

Beliau berkata TH juga akan menyediakan tiga pusat kesihatan iaitu dua daripadanya ditempatkan di Makkah manakala satu di Madinah.

 

“Pasukan perubatan kita ialah seramai 255 orang terdiri daripada pakar, doktor dan petugas kesihatan. Jemaah haji yang mengalami batuk dan asma yang serius ketika mengerjakan haji akan ditempatkan di wad berasingan, bagi mengelakkan jangkitan kepada jemaah lain,” katanya.

 

Abdul Azeez berkata pihak TH juga akan membekalkan topeng muka kepada jemaah haji ketika musim haji nanti.

 

“Apa yang penting jemaah haji diminta tidak terlalu bimbang dengan kes ini. Kes Mers-CoV yang terbaharu hanya dilaporkan berlaku pada Mei lepas dan ia berlaku di luar Madinah dan Makkah,” katanya.

 

Sebanyak 22,320 jemaah haji Malaysia akan ke tanah suci pada tahun ini dengan penerbangan pertama dijadualkan pada 27 Ogos ini.

 

Dalam perkembangan lain, Abdul Azeez berkata TH juga meletakkan visi bagi mewujudkan sebuah perkampungan Melayu di tanah suci, yang dilihat mampu memberi lebih keselesaan kepada jemaah haji Malaysia pada masa depan.

 

Beliau berkata perkampungan yang memiliki hotel, restoran dan kemudahan lain itu adalah visi TH pada masa depan.

 

“TH berharap, kerjasama erat kerajaan Arab Saudi dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, visi itu dapat direalisasikan suatu hari nanti,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan