Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jemaah haji perlu patuhi arahan

Musbah Jamli (dua dari kanan) menyampaikan sijil kursus asas  haji kepada wakil peserta.
Musbah Jamli (dua dari kanan) menyampaikan sijil kursus asas haji kepada wakil peserta.

KOTA BELUD – Jemaah haji Malaysia dituntut mengekalkan rekod terbaik selama ini dan menjaga nama baik sebagai sebuah negara Islam disegani diseluruh dunia.

Mengingatkan perkara itu, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Musbah Jamli berkata, semasa berada ditanah suci, jemaah perlu mematuhi arahan dan panduan keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi dan Tabung Haji sendiri.

“Peserta kursus juga perlu menjaga kesihatan mereka sepanjang penantian sebelum berangkat ke Tanah Suci. Semasa berada di Tanah Suci, sejumlah hampir empat juta orang berada di suatu tempat yang terbatas.

“Jika ada kesulitan hendaklah meminta pertolongan dengan para pegawai dan petugas Tabung Haji dengan penuh kesabaran serta berhemah,” katanya ketika merasmikan Majlis Perasmian Penangguhan Kursus Asas Haji Peringkat Panai Barat Utara (PBU) di Sekolah Kebangsaan Sembirai, Kota Belud, di sini semalam.

Musbah berkata, kursus yang mereka hadiri itu amat penting sebagai persediaan menimba ilmu haji sebelum berada di Tanah Suci.

Menurut Musbah, terdapat 1.7 juta umat Islam di Malaysia yang telah mendaftar dan menunggu giliran masing-masing untuk menunaikan fardhu haji setiap tahun.

“Saya difahamkan, pendeposit Tabung Haji yang mendaftar hari ini gilirannya ialah tahun 2082, namun begitu, pihak Tabung Haji memberikan peluang bagi yang hendak menunaikan haji lebih awal daripada tarikh pendaftaran haji,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan