Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,754

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jemaah haji diseru jaga nama baik negara

4:11pm 20/08/2016 Leolerry Lajius 25 views Sandakan,Tempatan

Sandakan : Datuk Samsudin Yahya menasihati semua bakal-bakal haji Malaysia khususnya dari daerah Sandakan supaya menjaga nama baik negara dan memelihara tatasusila ketika menunaikan ibadah di Mekah.

 

Menurut beliau, jemaah haji di negar ini, perlu mengekalkan imej positif yang selama ini menjadi pujian pemerintah Arab Saudi.

“Jemaah yang akan menunaikan fardu haji kali ini perlu mengekalkan tradisi dan imej positif ini supaya tidak mencacatkan imej negara,” ujarnya.

 

Oleh itu katanya, bakal-bakal haji negeri Sabah khususnya dalam Parlimen Batu Sapi diharap terus mengekalkan rekod terbaik yang dipegang selama ini demi menjaga imej baik Malaysia.

 

“Pelaksanaan ibadat haji memerlukan kekuatan jasmani atau fizikal yang baik. Ia memerlukan pergerakan yang banyak seperti mengerjakan tawaf, saie, melontar jamrah,” katanya.

 

Beliau berkata demikan semasa berucap kepada 8 orang bakal-bakal jemaah haji di Masjid Wasatiyyah Batu Sapi, Sandakan selepas solat Jumaat kelmarin.

Satu Majlis Doa Selamat, turut diadakan khusus untuk lapan orang bakal Jemaah Haji Parlimen Batu Sapi, yang dijadualkan akan berangkat pada 21 hingga 23 Ogos Ogos 2016 depan.

 

Turut hadirTimbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Haji Mohd.Hamsan Haji Ag.Supain serta pemimpin masyarakat./SayangSabah 

Kenangan....Samsudin bergambar kenangan bersama 8 orang bakal-bakal jemaah haji di Masjid Wasatiyyah Batu Sapi, Sandakan selepas solat Jumaat kelmarin.

Kenangan….Samsudin bergambar kenangan bersama 8 orang bakal-bakal jemaah haji di Masjid Wasatiyyah Batu Sapi, Sandakan selepas solat Jumaat kelmarin.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan