Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jelius nafi soal gaji punca kekalahan Sabah

IPOH: Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating menafikan faktor kekalahan skuad Badak adalah berpunca daripada masalah pembayaran gaji pemain, sebaliknya beliau mengakui kehebatan Perak dalam perlawanan pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Perak, Ipoh semalam.

Jelius menjelaskan, tatkala pemain Perak membuktikan kekentalan dalam tempoh 90 minit permainan, pemain Sabah pula sekadar beraksi dibawah kemampuan sebenar mereka sekaligus menyebabkan kekalahan 5-0 di tangan tuan rumah.

Jelius Ating. Gambar SNT/Ehsan Raymond Henry Gusi

Tambah Jelius lagi, beliau sendiri akur dengan kekalahan itu, tetapi tidak menduga pemainnya gagal mempamerkan semangat juang dan corak permainan seperti dalam aksi diperingkat kumpulan dan suku akhir.

“Tipulah kalau pemain tidak bertanya pasal gaji sebab itu memang keperluan… tapi saya tidak kata itu punca kekalahan kita dengan Perak semalam. Kita kalah kerana sebahagian pemain tiada karektor untuk memenangi perlawanan itu.

“Kesungguhan mereka hilang. Hanya ada beberapa pemain yang beraksi pada tahap sebenar, namun perlu kita ingat bahawa bola sepak memerlukan kerjasama satu pasukan.

“Kalau kita bermain baik, dapat mengawal bola dan kurangkan hantaran bola jauh, kita mungkin kalah tipis, tapi bermaruah dan masih boleh menang dengan kelebihan gol di Stadium Likas nanti. Tapi kali ini kita terpaksa membawa misi mustahil di Sabah,” katanya kepada Sabah News Today.

Jelius berkata, ekoran kekalahan itu, Sabah kini perlu mengharungi episod yang sukar untuk mencatatkan kemenangan dan menyamakan jumlah gol setelah ketinggalan 5-0.

Katanya, walaupun dilabel sebagai misi yang sukar buat skuad Badak mengulangi detik 2002 dan 2003, beliau meminta agar pemain tidak putus asa selagi belum mencuba hingga ke detik akhir.

“Kami ada dua minggu untuk membuat persiapan sebelum perlawanan timbal balik di Stadium Likas pada 21 Oktober ini.

“Percayalah, saya masih yakin dengan pemain saya. Jika mereka berjaya pamerkan aksi sebenar nanti, siapa tahu kita boleh mengubah keputusan.

“Saya juga minta agar peminat dan penyokong teruskan perjuangan bersama Sabah dan usah terlalu cepat menghukum pasukan,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan