Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jelius kecewa penyudah Sabah tumpul

MARAN: Ketumpulan penyudah penyerang nyata mengecewakan jurulatih Sabah, Jelius Ating yang menyaksikan skuad kendaliannya tewas 0-1 kepada FELDA United pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Tun Abdul Razak, dekat sini, malam tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Sabah kekal di tangga kelima liga sekali gus tercicir mata untuk layak ke Liga Super pada musim depan.

Ditemui selepas perlawanan itu, Jelius berkata, pasukannya mempunyai banyak peluang namun ia gagal diterjemahkan oleh bahagian serangan Sabah terdiri daripada pemain import, Hector Omar Ramos Lebron dan Rahman Shah Marajeh.

“Ia satu perlawanan sukar kerana bermain dengan hanya dua pemain import, tetapi ia bukan masalah utama…saya lihat kita mempunyai banyak peluang tetapi gagal dimanfaatkan disebabkan penyudah tumpul.

“Akhirnya pasukan lawan (FELDA United) ambil kesempatan dengan hanya satu-satu peluang, ia agak mengecewakan kerana kami perlu pasukan untuk terus kekal bersaing, kita akan cuba bangkit selepas ini,” katanya ditemui selepas perlawanan.

Wan Zack Haikal Wan Noor muncul wira FELDA United apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan yang menyaksikan skuad The Fighters terus kekal di persada Liga Perdana 2018.

Sabah berpeluang mencuri satu mata daripada gelanggang lawan itu namun banyak peluang dipersia-siakan menyebabkannya mereka terpaksa gigit jari.

Dalam pada itu, Jelius berharap kekosongan kuota dua pemain import akan diisi dalam tempoh segera bagi menggantikan Lee Gil Hoon dan Heo Jaenyong yang tidak disambung kontrak yang tamat 17 Mei lalu.

“Saya berharap sekurang-kurangnya seorang pemain import baharu dapat diambil menjelang perlawanan seterusnya, namun kita sedia maklum berlaku pucuk pimpinan dalam pengurusan (Persatuan Bola Sepak Sabah) berikutan perubahan kerajaan negeri.

“Banyak perkara perlu diambil kira dalam mengambil pemain import termasuk dalam aspek kewangan, sebab itu peralihan pucuk pimpinan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut dapat diambil,” katanya. – Oleh Amin Ridzuan Ishak/BH Online

Komen


Berita Berkaitan