Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jelani ziarah keluarga kemalangan

Jelani 1
ZIARAH….Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’Jelani Hamdan (dua dari kiri) telah menziarahi keluarga mendiang Jafry Maun di Kampung Sumangkap, Kota Marudu yang terkorban dalam kemalangan jalan raya dan menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM2000 bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa.

Dalam kemalangan yang berlaku pada Ahad, mendiang Jafry, 27 bersama isterinya Lily Marni Gilong, 24 dan anak mereka Freedy Jafry, 2, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal yang digunakanya bertembung dengan sebuah kereta pikap di Jalan Tanah Merah, Kota Marudu.

Jelani turut meluangkan masa meninjau lokasi kemalangan.- Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan