Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jelani serah bantuan kepada mangsa kebakaran

5:33pm 10/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 30 views Kudat,Tempatan
JELANI menyerahkan sumbangan kepada Mohigil Mohidan mewakili empat buah keluarga mangsa kebakaran.

JELANI menyerahkan sumbangan kepada Mohigil Mohidan mewakili empat buah keluarga mangsa kebakaran.

MATUNGGONG- Sebanyak lima buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran masing-masing di Kg. Kebangaan dan Kg. Birau Lokoton menerima sumbangan dan bantuan berupa wang tunai, makanan, barang keperluan harian dan juga pakaian, baru-baru ini.

Sumbangan dan bantuan tersebut diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan bersama pemimpin Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA)  bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa kebakaran di kedua-dua kampung berkenaan.

Menurutnya, sumbangan bantuan itu diharap dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa-mangsa kebakaran yang hanya tinggal sehelai sepinggan.

“Kita berharap lebih banyak pihak dapat tampil membantu bangsa-bangsa kebakaran yang amat mengharapkan pembelaan ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah sudi menderma untuk membantu mereka termasuk Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am dan chapel”, tambahnya.

Jelani yang juga Presiden SAMORA mengulangi seruan kepada Kerajaan Persekutuan agar membina Balai Bomba di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong kerana ia merupakan keperluan yang mendesak bagi memudahan kerja-kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran.

Katanya, kemudahan balai bomba merupakan keperluan yang amat mendesak memandangkan balai bomba yang terdekat dari Pekan Matunggung terdapat di Pekan Kota Marudu iaitu sejauh 40 kilometer dan Kudat sejauh 39 kilometer.

“Banyak kes kebakaran yang berlaku dalam kawasan DUN Matunggong, pasukan bomba tidak sempat untuk menyelamatkan harta benda dan memadamkan kebakaran disebabkan jarak yang agak jauh.

“Kebanyakan kes kebakaran yang berlaku ialah pasukan bomba hanya tiba di tempat kejadian setelah rumah telah musnah sepenuhnya dan hangus ditelan api”, katanya.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan