Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jelani sampaikan bantuan kepada mangsa banjir

Jelani menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir semasa melawat mereka.
Jelani menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir semasa melawat mereka.

MATUNGGONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan telah melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di 5 buah kampung yang terjejas akibat bencana itu di kawasannya, baru-baru ini.

Kampung-kampung tersebut ialah Kampung Kandawayon, Kg.Barambangon, Kampung Tambuluran, Kg.Kabangaan dan Kg. Kirangavan.

Jelani menyampaikan bantuan berupakan bahan-bahan makanan, peralatan dapur, zink dan lain-lain menggunakan peruntukan sendiri.

“Dengan sedikit bantuan ini, saya berharap dapat membantu sedikit-sebanyak  meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terlibat”, tegasnya.- Sayangssabah

Komen


Berita Berkaitan