Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jelani biayai projek komuniti

Jelani secara simbolik menyerahkan > sumbangan kepada Friends of Gumantung-Intob Community Forest Reserve sambil diperhatikan oleh penduduk kampung.
Jelani secara simbolik menyerahkan
> sumbangan kepada Friends of Gumantung-Intob Community Forest
Reserve sambil diperhatikan oleh penduduk kampung.

MATUNGGONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong,  Dato’ Jelani Hamdan (empat dari kiri) telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM21,400.00 kepada Friends of  Gumantung-Intob Community Forest Reserve bagi membiayai projek komuniti masyarakat setempat.

Beliau menyerahkan sumbangan itu kepada penaung Friends of Gumantung-Intob Community Forest Reserve Dr. Paul Porodong. selepas melancarkannya di Kampung Sumangkap, Matunggung, baru-baru ini.

Menurut Jelani, nilai sumbangan itu bersamaan dengan 4 bulan  gaji ADUN yang diterimanya dan didermakan untuk membantu
masyarakat.

Beliau turut menyerahkan bantuan untuk golongan daif  dan menderma sebanyak 150 kerusi untuk Gereja Kampung Barambangon.

“Ini merupakan program kemasyarakatan dan amal bulanan yang saya laksanakan dalam kawasan Matunggong”, katanya yang membiayai keseluruhan program itu menggunakan gaji ADUN selain wang sendiri.

Sementara itu, Jelani turut merasmikan perlawanan persahabatan amal bolasepak antara Puruvan FC dan Kudat Hawks di Kompleks Sukan Kudat.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan