Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jelajah Siswatari untuk mahasiwa UMS

9:41am 02/12/2015 Ann Vivien 17 views Pendidikan,Tempatan
Juli,duduk tengah diapit oleh Soffriezan,duduk kiri dan Ching serta para tetamu lain dan mahasiswa-mahasiswi mengabadikan gambar kenangan selepas merasmikan program itu.

Juli,duduk tengah diapit oleh Soffriezan,duduk kiri dan Ching serta para tetamu lain dan mahasiswa-mahasiswi mengabadikan gambar kenangan selepas merasmikan program itu.

TENOM: Seramai 50 mahasiswa  Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) mengikuti Program Jelajah Siswatari anjuran Tarian Rakyat Seksyen 1 Universiti Malaysia Sabah yang diadakan di Pusat Kebudayaan Murut Sabah (PKMS )selama dua hari di sini baru-baru ini.

Program tersebut diketuai oleh Ching Fui Ching selaku pengarah projek dengan dibantu oleh  jurulatih Tarian Rakyat Seksyen 1 Suhairin Abdul Kadir.

Majlis penutupan  program berkenaan disempurnakan oleh Naib Ketua Bahagian Umno Tenom Juli Malik.

Berucap pada majlis itu, Juli berkata seni tari merupakan aktiviti yang dapat menyemai rasa kecintaan mahasiswa terhadap warisan dan budaya tari di samping melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani mahupun intelek.

“Syabas dan tahniah kepada para mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang berjaya menjalankan aktiviti sebegini yang dapat memberi manfaat dan kebaikan seperti memberi pendekatan tentang seni tari masyarakat Murut. Program seumpama ini bermakna untuk mencungkil bakat yang terpendam serta mengasah bakat yang sedia ada dalam diri mahasiswa” katanya.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan