Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jelajah Sabah 360 mempromosikan sikap suka berkongsi

7:34pm 19/05/2016 Leolerry Lajius 32 views Tempatan
Gordon (tengah) bergambar kenangan bersama semua ahli PVATM sebelum pelepasan.

Gordon (tengah) bergambar kenangan bersama semua ahli PVATM sebelum pelepasan.

KOTA KINABALU : Kayuhan Basikal Jelajah Sabah 360 anjuran Persatuan Veteran ATM Negeri Sabah (PVATM) mempromosikan sikap berkongsi dalam kalangan pengguna jalan raya terutama kepada kenderaan kecil.
Yang Dipertua PVATM Sabah, Zaman Bayang berkata, jelajah yang bertemakan ‘Share The Road’ itu memupuk kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya awam supaya mempunyai sikap berkongsi jalan raya demi kesihatan dan keselamatan semua pengguna terutamanya kenderaan kecil seperti basikal.
Selain itu, jelajah solo itu juga bertujuan menjalinkan silaturahim antara PVATM dengan semua golongan masyarakat di samping mempromosikan kewujudan PVATM Sabah sebagai sebuah organisasi aktif dengan keahlian 5000 orang.
Pengayuh basikal solo, Kapten (B) Zulkiflie Ibrahim, 46, berkata jelajah tersebut adalah kesinambungan dari jelajah pertama beliau dari Kampung Sematan, Lundu, Sarawak ke Simpang Mengayau, Kudat pada 27 April lalu.
“Jelajah ini mewakili komuniti penggemar sukan berbasikal serta mempromosikan laluan jelajah berbasikal di negeri ini.
“Menerusi jelajah ini juga kita ingin membuktikan Veteran ATM sentiasa bersiap sedia untuk menawarkan khidmat bakti sekiranya diperlukan negara.
“Antara daerah yang akan dilalui adalah seperti Tawau, Kinabatangan, Kalabakan, Sapulut,Ulu Keningau, Sindumin dan Beaufort,” katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan yang disempurnakan oleh Pengurus Besar, Sabah Tourism Board, Gordon Yapp, pagi tadi.
Beliau yang sudah menetap di Sabah selama 15 tahun turut meramalkan akan berhadapan dengan cabaran bentuk muka bumi sepanjang laluan dan musim hujan yang sedang melanda negeri ini.
Jelajah itu menjadikan Kota Marudu sebagai persinggahan pertama sebelum dijangka menamatkan keseluruhan jelajah di Kota Kinabalu pada 3 Jun nanti dengan jarak keseluruhan 1500 kilometer .
Jelajah ini turut disambut cawangan – cawangan PVATM Sabah di setiap daerah yang akan dilalui nanti./SayangSabah
Zulkiflie (kanan sekali) dan Zaman (dua dari kiri) bersama ahli-ahli PVATM lain menunjukkan tempat bermula Jelajah Sabah 360.

Zulkiflie (kanan sekali) dan Zaman (dua dari kiri) bersama ahli-ahli PVATM lain menunjukkan tempat bermula Jelajah Sabah 360.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan