Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jelajah ramadan bantu masyarakat kurang berkemampuan

2:25pm 27/06/2016 Leolerry Lajius 21 views Tempatan
Aminah (tengah) mengambil gambar bersama pelatih dan murid PDK.

Aminah (tengah) mengambil gambar bersama pelatih dan murid PDK.

KUDAT: Sepanjang bulan Ramadhan ini, Pergerakan Wanita UMNO Kudat yang diketuai Ketua Wanitanya, Datuk Aminah Ambrose bersama ahli jawatankuasa terus melaksanakan aktiviti tahunannya dengan menjelajah setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah ini.

Antara lokasi yang dikunjungi adalah Sekolah Kebangsaan Karakit Pulau Banggi, yang turut dihadiri  Adun Banggi, Datuk Abdul Mijul Unaini.

Kunjungan ke sekolah ini juga menjadi sesuatu yang amat bermakna buat salah seorang pelajarnya iaitu Mohd Nizam atau Ipeng, 7, yang pernah menjadi viral di laman sosial Januari lalu kerana kadaifan pelajar berkenaan.

Ipeng merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik yang kematian ibu dan telah dijaga oleh neneknya yang bersuai 40 tahun bersama seorang lagi abangnya yang bersia 14 tahun.

Neneknya terpaksa melakukan pelbagai jenis pekerjaan seperti buruh di ladang sawit, tukang cuci dan sekarang ini sebagai pengasuh kanak-kanak untuk menyara dua beradik berkenaan.

Sempena kunjungan itu, Aminah telah menyampaikan sumbangan peribadi kepada Penyelia Kanan SK Karakit, Suhami Saidi sebanyak RM1,500 untuk kegunaan bagi membantu murid-murid yang senasib dengan Ipeng dan juga telah membuka akaun bank berjumlah RM750.00 untuk Ipeng .

Pusat Dalam Komuniti (PDK)  Kudat juga turut mendapat perhatian daripada program ini, apabila Adun Banggi, meluluskan permohonan untuk membina bangunan baru dan akan mencari tapak baru untuk bangunan PDK Kudat tersebut memandangkan pada masa ini, bangunan PDK Kudat menyewa rumah lain.

Sementara itu,  Aminah turut menyampaikan sumbangan peribadinya sebanyak RM1,000.00 sebagai sumbangan kepada seramai 22 orang murid PDK berkenaan.

Sempena program berkenaan, Pusat OKU Kudat atau Taman Didikan Kanak-kanak Upaya Kudat turut mendapat perhatian daripada Aminah serta turut menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada mangsa kebakaran yang melibatkan seramai 235 keluarga.

Aminah yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Kudat berharap sumbangan dari pihak mereka  sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga terbabit.

“Sesungguhnya program ini telah banyak membantu mereka untuk merenung kembali nikmat yang telah dikecapi dan sentiasa bersyukur diatas kurnia darinya,” katanya.-/SayangSabah

 IMG-20160627-WA0012

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan