Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jelajah Pemuda UPKO jadi asas kukuhkan kekuatan parti

Limus (tengah) yang turut menyambut hari lahir pada majlis itu memotong kek bersama sebahagian Exco Pemuda Pusat yang terlibat dalam jelajah tersebut. - foto Aryan de Vera / SayangSabah
Limus (tengah) yang turut menyambut hari lahir pada majlis itu memotong kek bersama sebahagian Exco Pemuda Pusat yang terlibat dalam jelajah tersebut. – foto Aryan de Vera / SayangSabah

KUALA PENYU – Jelajah Exco Pemuda UPKO merupakan penganjuran kali pertama pihaknya bertujuan mengeratkan hubungan di antara ahli parti di seluruh Sabah.

Pada program kali ini, Bendahari Exco Pemuda UPKO Pusat, Fredolin Inggo berkata, sebanyak enam bahagian iaitu Beaufort, Sipitang, Wilayah Persekutuan Labuan, Papar dan Kimanis terlibat dalam jelajah berkenaan yang akan turut diadakan di seluruh negeri.

“Kuala Penyu merupakan lokasi ketiga bagi jelajah ini selepas Sandakan, Keningau dan Nabawan. Ia akan diteruskan ke Zon Pantai Barat Selatan melibatkan Bahagian Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang sebelum diteruskan ke beberapa lokasi lain,” katanya.

Beliau menambah, pelbagai aktiviti telah diadakan di Kuala Penyu sempena program selama dua hari itu bermula semalam, lalu seperti pertandingan bola sepak, dart dan golf melibatkan seluruh ahli UPKO.

Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli Pemuda parti, sekaligus memastikan pergerakan ini terus menjadi asas kekuatan kepada parti. – oleh Aryan de Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan