Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jel seumur hidup

TIGA tertuduh diiring ke mahkamah di New Delhi.
TIGA tertuduh diiring ke mahkamah di New Delhi.

New Delhi: Lima lelaki tempatan dipenjara seumur hidup semalam kerana merogol seorang pelancong Denmark di kawasan pelancongan New Delhi pada 2014.

Semua lelaki berusia 20-an itu didapati bersalah di mahkamah New Delhi Isnin lalu kerana merompak dan merogol mangsa berusia 52 tahun itu di kawasan terpencil berhampiran stesen kereta api di ibu negara itu.

Timbalan Pendakwa Raya Atul Shrivastava berkata: “Kelima-lima tertuduh menerima hukuman bagi perbuatan mereka.”

Wanita terbabit berjalan di kawasan terpencil berhampiran kawasan pelancongan Paharganj pada petang 14 Januari 2014, tetapi tersesat dan meminta sekumpulan lelaki menunjukkan jalan ke hotelnya.

Lelaki terbabit bagaimanapun membawanya ke kawasan berhampiran stesen kereta api sebelum merogol dan merompaknya menggunakan pisau.

Pada awalnya, sembilan lelaki termasuk tiga juvana didakwa melakukan kesalahan berkenaan.

Juvana terbabit masih dibicarakan di mahkamah berasingan manakala seorang lagi tertuduh meninggal dunia di dalam penjara.

Peguam bela semua tertuduh, DK Sharma berkata, anak guamnya akan merayu terhadap keputusan itu. – Reuters/HMetro

Komen


Berita Berkaitan