Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jel 30 tahun kerana hina raja

4096

Bangkok: Seorang lelaki dihukum penjara 30 tahun semalam kerana menghina Raja Thai di laman Facebooknya – hukuman paling berat pernah dikenakan mengikut undang-undang menghina keluarga diraja negara itu.

Mahkamah Tentera mendapati Pongsak Sriboonpeng, 48, bersalah memuat naik enam mesej dan gambar yang dilihat menghina keluarga diraja Thai di laman sosial berkenaan.

Peguamnya, Sasinan Thamnithinan berkata, Pongsak pada mulanya dihukum penjara 60 tahun, 10 tahun untuk setiap enam tuduhan.

“Namun, hukuman itu dikurangkan kepada 30 tahun selepas Pongsak mengaku bersalah.

“Bagaimanapun, hukuman ini adalah paling berat bagi kesalahan menghina keluarga diraja,” katanya.

Menurut Sasinan, Pongsak ditahan ketika Thailand masih di bawah undang-undang tentera, menyebabkan dia tidak dibenarkan merayu hukuman itu.

Raja Thai, Bhumibol Adulyadej, 87, dilindungi oleh undang-undang yang dianggap paling ketat di dunia.

Menurut undang-undang itu, mereka yang didapati bersalah menghina raja, permaisuri, waris atau kerabat diraja boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Hukuman terhadap pesalah mengikut undang-undang itu meningkat mendadak sejak tentera merampas kuasa pada Mei tahun lalu.

Kumpulan hak asasi manusia Thailand, iLaw berkata, sebelum rampasan kuasa, ada dua kes menunggu untuk dibicarakan.

Jumlah itu meningkat kepada 56 kes selepas rampasan kuasa.

Pengkritik menganggap undang-undang itu digunakan sebagai senjata terhadap musuh politik golongan elit istana dan sekutu mereka dalam tentera.

Ia kini digunakan untuk mnyasar penentang rampasan kuasa.- AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan