Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jejak Warisan, Produk Pelancongan Utama Di Sandakan

Rumah Agnes Keith Sandakan
Rumah Agnes Keith Sandakan

SANDAKAN : Persatuan Pelancongan Sandakan akan meningkatkan usaha mempromosi Jejak Warisan Sandakan sebagai produk pelancongan utama di daerah ini.

Laluan Jejak Warisan Sandakan bermula dari Masjid Jamek Sandakan yang akan melalui beberapa tempat warisan bersejarah antaranya Tugu William Prayer, Tugu Peperangan Sandakan, Tangga Langkah Seribu, Rumah Agnes Keith, Muzium Warisan Sandakan, Kuil Cina Sam Sing Kung dan Gereja St. Michael.

Presiden persatuan itu Johnny Lim berkata aktiviti terbaharu dijalankan untuk tujuan itu adalah mengadakan lawatan lapangan membabitkan 25 pemandu pelancong sebagai salah pengisian Kursus Panduan Khas Spesifik Wilayah pada Ahad lepas anjuran persatuan itu bersama Persatuan Pemandu Pelancong Sabah.

“Jejak Warisan Sandakan merupakan salah satu produk pelancongan unik tempat bersejarah yang mewakili warisan Sandakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Katanya lawatan lapangan itu dapat meningkatkan kesedaran kalangan pemandu pelancong mengenai Jejak Warisan Sandakan termasuk kepentingannya terhadap produk pelancongan di daerah ini.

Menurutnya persatuan itu juga akan merangka aktiviti sesuai untuk memperomosi jejak warisan itu bukan hanya menyasarkan pelancong asing tetapi juga pelancong tempatan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan