Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jeffrey Kitingan masuk ‘pejabat’

KOTA KINABALU: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri di bawah Kabinet Tan Sri Musa Aman, ‘melaporkan diri’ di pejabat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, pagi tadi.

Beliau yang memegang portfolio Menteri Pertanian dan Industri Makanan tiba di pejabat kementerian itu, kira-kira jam 11 pagi.

Beliau juga dilaporkan bertemu dengan pegawai kanan kementerian berkenaan.

Jeffrey mengangkat sumpah jawatan bersama beberapa anggota Kabinet negeri di bawah Musa di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, Khamis lalu.

Bagaimanapun, malam kelmarin, Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri selepas parti itu bersama Pakatan Harapan (PH) memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Ia susulan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN menyokong mereka.

Pagi tadi, Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Abinan Asli menyerahkan surat pemberitahuan daripada Tun Juhar Mahiruddin kepada Setiausaha Sulit Musa, Effendy Sunoh bahawa Musa bukan lagi Ketua Menteri, berkuat kuasa 12 Mei. – BH ONLINE

PRESIDEN STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri di bawah Kabinet Tan Sri Musa Aman, ‘melaporkan diri’ di pejabat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kota Kinabalu, pagi. – Foto Ihsan Fb Jeffrey Kitingan

Komen


Berita Berkaitan