Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jeffrey galas tanggungjawab sebagai ketua pembangkang sementara

KOTA KINABALU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan akan menggalas tanggungjawab sebagai ketua pembangkang sementara.

Jeffrey berkata, beliau menggalas tanggungjawab itu kerana ADUN Sungai Sibuga Tan Sri Musa Aman yang sepatutnya menggalas tanggungjawab itu tidak dapat hadir dalam sidang DUN kali ini.

“Tan Sri Musa sepatutnya ketua pembangkang, tetapi dia tiada jadi saya telah dipilih oleh wakil-wakil rakyat untuk menjadi ketua pembangkang,”katanya ketika sidang media di DUN Sabah, hari ini.

Mengulas mengenai hala tuju Datuk Bobbey Suan (UPKO-Nabawan) dan Datuk Ellron Alfred Angin (PBRS-Sook),Jeffrey menyatakan kedua-dua wakil rakyat ini bakal meninggalkan parti masing-masing dan akan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) atau Parti Solidariti Tanah Airku (SOLIDARITI).

Jelas beliau, tindakan itu adalah kerana kedua-dua parti itu telah bertindak keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan memberikan sokongan kepada kerajaan namun dua ADUN itu tidak menyertai tindakan presiden parti berkenaan tetapi memberikan sokongan kepada Gabungan Bersatu Sabah (GBS).

“Dia sedang dalam proses untuk menyertai PBS ataupun solidariti dan kita sentiasa bersifat terbuka, kita juga telah mengalu-alukan mereka.”

“Siapa yang mahu sertai kami (SOLIDARITI), sertailah kami, siapa yang mahu serta PBS, sertailah PBS, bagi UMNO, jika mereka tidak mahu menyertai PBS ataupun SOLIDARITI mereka mempunyai pilihan ketiga iaitu menggunakan parti politik yang lain,”katanya./SayangSabah

ADUN Tambunan, Datuk Dr.Jeffrey G. Kitingan bersalam dengan ADUN Karanaan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan