Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jeffrey antara 3 timbalan ketua menteri Sabah

DATUK Dr. Jeffrey Kitingan. – Foto Edmund Samunting

 

KOTA KINABALU: Kabinet Sabah yang baru dibentuk menyaksikan Datuk Dr Jeffrey Kitingan bersama Datuk Masidi Manjun dan Datuk Hajiji Noor dilantik sebagai timbalan ketua menteri yang baharu.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) turut memegang portfolio Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri.

Katanya, Masidi mengekalkan portfilio sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, sementara Hajiji turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Infrastruktur.

“Tujuh lagi menteri Kabinet negeri termasuk tiga timbalan ketua menteri yang dilantik sudah mengangkat sumpah malam tadi.

DATUK Seri Hajiji Noor. – Foto Khairull Azry Bidin

“Kerajaan negeri merakamkan terima kasih kepada rakyat yang terus memberi sokongan kepada kerajaan dan juga kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari STAR kerana bersama kita membentuk kerajaan,” katanya di kediaman rasminya di Sri Gaya di sini, sebentar tadi.

Tujuh lagi menteri yang dilantik ialah Datuk Elron Alfren Angin sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar; Datuk Bolkiah Ismail (Menteri Pembangunan Perindustrian); Datuk Bobby Suan (Tugas-Tugas Khas); Datuk Jahid Jahim (Kerajaan Tempatan dan Perumahan).

Datuk Masiung Banah (Menteri Belia dan Sukan); Datuk¬†[email protected]¬†Baranting (Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna) dan Datuk Musbah Jamli (Menteri Pembangunan Sumber danTeknologi Maklumat).

Musa turut mengumumkan pelantikan enam ADUN dilantik namun senarai nama akan diumumkan hari ini.

Mengenai kenyataan Jeffrey akan menubuhkan kerajaan baru tanpa BN dan UMNO, Musa berkata kerajaan akan pastikan apa juga keputusan melalui perbincangan bersama parti komponen demi masa depan rakyat dan negeri.

“Kita akan melihat hala tuju gabungan parti itu berdasarkan keadaan semasa. Mungkin akan ada perubahan tetapi ia belum ditentukan lagi,” katanya.

Terdahulu, Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di sini, malam tadi. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan