Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JDT lawan 22.8 juta peminat bola sepak – TMJ

7:54pm 14/05/2016 Pak Roshan 3387 views Mutakhir,Sukan

tmj

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan hanya berdepan PKNS FC tetapi 22.8 juta peminat bola sepak di Semenanjung Malaysia yang mahu melihat Harimau Selatan tersungkur pada pentas final Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini.

“Kita boleh melihatnya melalui cara mereka semua berdoa agar PKNS berjaya menewaskan kita… Tapi bagi saya, ia perkara biasa di tempat kerja,” kata pemilik pasukan JDT itu dalam laman sosial Facebook JOHOR Southern Tigers, sebentar tadi.

Tunku Ismail berkata, Harimau Selatan hanya mempunyai 3.6 juta penyokong dan 50,000 penyokong di stadium sedangkan pasukan PKNS memperoleh sokongan lebih 22.8 juta peminat bola sepak di Semenanjung Malaysia.

“Saya juga berterima kasih kepada penyokong Sabah dan Sarawak kerana sama-sama menyokong pasukan Johor Darul Ta’zim,” katanya.

Dalam masa yang sama, Tunku Ismail turut mengucapkan syabas kepada JDT dan PKNS kerana melangkah ke perlawanan akhir dan menyeru pasukan yang tidak berjaya untuk berusaha lagi tahun hadapan. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan