Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JBPM Sabah bakal terima 15 lagi jentera MERS

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah bakal menerima baki sebanyak 15 buah lagi jentera Medical Emergency Rescue Services (MERS) secara berperingkat pada tahun ini yang akan diletakkan di beberapa kawasan strategik di negeri ini.

Pengarahnya, Nordin Pauzi berkata, buat masa ini sebanyak tiga buah jentera MERS yang masing-masing telah ditempatkan di Balai JBPM Sembulan, Sandakan dan Tawau.

“Jentera MERS yang akan ditempatkan di hampir semua balai bomba seluruh negeri adalah pelengkap kepada tugasan anggota JBPM dalam menghadapi sebarang bencana kecemasan,” katanya pada sidang media di Ibupejabat JBPM Negeri Sabah di Jalan Lintas, Kolombong hari ini.

Menurutnya, jentera tersebut turut membolehkan anggota memberikan bantuan rawatan awal kepada mangsa sementara menunggu bantuan perubatan tiba di lokasi kejadian.

“Pada masa ini, pihak jabatan mempunyai seramai 33 orang anggota yang bertauliah untuk mengendalikan jentera itu,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Nordin berkata bahawa, lebih ramai anggota akan dihantar untuk menjalani kursus bagi diberikan tauliah mengendalikan jentera MERS itu.

Sementara itu, beliau ketika berucap berkata, JBPM akan memberikan fokus kepada usaha memperbaiki lagi mutu masa bertindak ke tempat-tempatan kecemasan di seluruh negara.

“Pada masa ini hanya 60 peratus daripada panggilan kecemasan berjaya dihadiri oleh pasukan bomba dalam tempoh 10 minit dan pihak jabatan mensasarkan ia dapat ditingkatkan kepada 80 peratus,” katanya.

Bagi mencapaikan tujuan itu, beliau berkata kerajaan bercadang untuk membina kira-kira 140 buah balai bomba dalam tempoh 6 tahun akan datang.

“Kebanyakan daripada balai-balai ini akan menggunakan perjawatan  Pegawai Bomba Bantuan,” katanya lagi.

Nordin juga berkata bahawa, pihak jabatan juga akan memberikan cadangan agar Akta Bomba 1988 (Akta 341) dipinda bagi membolehkan Pasukan Bomba Sukarela didaftarkan di bawah akta tersebut.

“Dengan pindaan itu, kawalanselia yang lebih rapi akan dapat diberikan bagi memastikan pasukan bomba sukarela berfungsi dengan lebih baik khususnya menjadi first responder yang sampai ke tempat kecemasan,” katanya lagi. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

MERS.... Nordin dan para pegawai kanan JBPM Sabah melihat jentera MERS. - foto Alex Ndok / sayangsabah
MERS…. Nordin dan para pegawai kanan JBPM Sabah melihat jentera MERS. – foto Alex Ndok / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan