Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,724

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jawatankuasa PBS Kaji Penurunan Kuasa Kepada Sabah

6:41pm 05/09/2016 Pak Roshan 933 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan

maximus-ongkili

LABUAN : Parti Bersatu Sabah, satu daripada parti komponen Barisan Nasional Sabah, telah menubuhkan satu jawatankuasa peringkat tinggi untuk mengkaji penurunan kuasa kerajaan persekutuan kepada Sabah, kata Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata jawatankuasa itu, yang dijadual mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini, telah menetapkan tempoh 60 hari untuk menyelesaikan perbincangannya dan merumuskan satu memorandum untuk diserahkan kepada kerajaan persekutuan.

Ongkili, yang telah diberi kebenaran oleh Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan untuk mengendalikan urusan parti, berkata jawatankuasa itu akan mengkaji Perjanjian 20 perkara yang telah mencadangkan terma-terma bagi penyertaan Sabah dalam Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PBS Labuan, di sini semalam.

Jawatankuasa peringkat tinggi itu akan mengkaji penurunan kuasa kepada kerajaan negeri dan menyemak perkara-perkara dalam perjanjian itu yang dianggap sebagai “lemah, kurang atau merugikan”, katanya.

Ongkili berkata langkah itu sama seperti tindakan yang sedang diambil oleh Sarawak berhubung isu itu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan