Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JAWATANKUASA ONE DISTRICT, ONE SMALL INDUSTRY (OD1SI) DIBENTUK SECARA RASMI

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (tengah) bersama pembantu-pembantu menteri, Ben Chong (kiri) dan Azhar Matussin (kanan) serta pegawai-pegawai daerah sebelum mesyuarat bermula. Gambar SNT/Ehsan KPDI

KOTA KINABALU: Pelaksanaan program Satu Daerah Satu Industri Kecil (OD1SI) kian menjadi realiti melalui mesyuarat pertama jawatankuasa OD1SI di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and Spa pada Selasa.

DIhadiri semua pegawai daerah seluruh Sabah, mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Tujuan program OD1SI ini adalah untuk memperkasakan lagi industri kecil supaya dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan bilangan usahawan serta perkerjaan selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat negeri Sabah.

Tangau mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa OD1SI pertama. Gambar SNT/Ehsan KPDI

Turut hadir Setiausaha Tetap kementerian Madiyen Layapan, pembantu-pembantu menteri Azhar Matussin dan Ben Chong serta ketua-ketua agensi di bawah kementerian.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan