Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JAWATANKUASA KHAS KABINET KAJI PERLAKSANAAN MA63 AKAN DIUMUM HARI KE-100

KOTA KINABALU: Anggota Jawatankuasa Kabinet Khas mengenai perlaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Status Sabah dan Sarawak akan diumumkan pada hari ke-100 pembentukan kerajaan persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata ahli panel sudah dikenalpasti dan telahpun dikemukakan kepada Kabinet Persekutuan untuk persetujuan.

“Ia telah dimuktamadkan dan saya akan membuat pengumuman itu apabila kita tiba ke 100 hari nanti iaitu dua minggu dari sekarang,” katanya, ketika ditemui selepas menyaksikan majlis penyerahan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu ke badan kehakiman negeri di Bukit Punai di sini hari ini.

Liew yang juga menteri bertanggungjawab tentang undang-undang negara telah diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa tersebut yang antara lain untuk meneliti dan melihat samaada MA63 telah dilaksanakan secara adil.

Satu lagi tugas jawatankuasa itu adalah untuk meneliti Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan di mana status negeri Sabah dan Sarawak telah diturunkan menjadi sama dengan negeri-negeri lain di semenanjung selepas pindaan akibat penarikan diri Singapura dari Persekutuan Malaysia.

Sebelum pindaan dibuat Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu adalah rakan kongsi sama rata dalam Persekutuan Malaysia.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan