Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JAWATANKUASA KHAS KABINET KAJI HAK SABAH DAN SARAWAK

KOTA KINABALU: Hal-hal tentang hak Sabah dan Sarawak terhadap hasil semulajadi negara serta hasil minyak dan gas akan dikaji semula oleh satu Jawatankuasa Khas Kabinet Persekutuan yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong, Jawatankuasa Khas ini juga akan mengkaji dan mencadangkan langkah-langkah pembetulan dalam status Perjanjian Malaysia 1963 dalam perundangan sekarang.

Menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Tuaran (Upko) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur baru-baru ini, Liew berkata selain itu Jawatankuasa Khas Kabinet mempunyai tugas utama untuk mengkaji dan mencadangkan pembetulan dalam hal-hal berikut:

  • usaha meningkatkan kefahaman rakyat mengenai Perjanjian Malaysia 1963 melalui sistem Pendidikan kebangsaan;
  • perlaksanaan konsep federalisme untuk ketiga-tiga wilayah dalam Malaysia;
  • Perkara-perkara pentadbiran yang sewajarnya diturunkan untuk kuasa negeri;
  • jumlah peruntukan yang seharusnya menjadi hak Sabah dan Sarawak;
  • dan kemungkinan keperluan untuk pindaan kepada Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Tangau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah bertanya kepada Perdana Menteri mengenai langkah khusus yang akan diambil untuk memastikan kesemua perakuan dalam Perjanjian Malaysia 1963 dilaksanakan sepenuhnya.

Liew juga memberitahu bahawa Jawatankuasa Khas Kabinet ini akan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang mempunyai kepakaran dalam hal-hal berkaitan.

Sebaik ditubuhkan, Jawatankuasa ini akan diberi masa enam bulan untuk menyediakan laporan terperinci bagi pelaksanaan segera, katanya.

“Sebaik sahaja laporan dibentang dan diluluskan oleh Kabinet, Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab dalam pemantauan perlaksanaan cadangan-cadangan laporan tersebut,” katanya.

Liew berkata penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet itu adalah selaras dengan Manifesto Pakatan Harapan.

“Manifesto Pakatan Harapan merangkumi janji-janji untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak berteraskan Perjanjian Malaysia 1963 seperti yang terkandung dalam Teras 4 Manifesto.

Tambahnya lagi, penubuhan Jawatankuasa ini masih dalam jangka masa 100 hari janji Manifesto Pakatan Harapan.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan