Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengurus pembangunan hartanah- Shafie

Shafie berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Sepanggar di Grand Merdeka Mall.

KOTA KINABALU: Sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi urusan meluluskan permohonan pembangunan hartanah di negeri Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal berkata urusan tersebut tidak lagi berada di bawah kuasa ketua menteri.

“Kita akan membuat perubahan baharu dalam urusan meluluskan pembangunan hartanah, iaitu tidak lagi di bawah kuasa ketua menteri tetapi di bawah kuasa jawatankuasa baharu.

“Tujuan perubahan ini adalah untuk pentadbiran pembangunan hartanah yang lebih efektif dari segi masa, harga dan memudahkan rakyat berurusan.

“Melalui perubahan ini, diharapkan pelaksanaan pembangunan hartanah di Sabah dapat dilaksanakan secepat yang mungkin,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Sepanggar di Grand Merdeka Mall, pagi Sabtu.

Tambah beliau, ia juga merupakan salah satu strategi dalam menggalakkan lagi pelaburan dalam pembangunan hartanah negeri ini.

Seramai 10 ribu penduduk Sepanggar dan sekitar Kota Kinabalu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri itu yang bermula dari pukul 8 pagi dan berakhir pada 3 petang./PENERANGAN

MERIAH… Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Sepanggar dimeriahkan oleh penduduk Sepanggar dan merakamkan gambar kenangan bersama Shafie.

Komen


Berita Berkaitan