Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jawatankuasa Bencana Alam Daerah diminta bersiap siaga

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. - foto JKM
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. – foto JKM

KOTA KINABALU – Semua Ketua Jawatankuasa Bencana Alam Daerah di negeri ini telah diarahkan untuk memantau kawasan masing-masing dan mengambil langkah sewajarnya ekoran musim kemarau pada masa ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, jabatan dan agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Air Negeri turut diingatkan berjaga-jaga dan bersiap sedia menghadapi kebakaran dan penyusutan bekalan air.

“Kita juga meminta orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dengan mengelak daripada melakukan aktiviti pembakaran terbuka kerana mampu mengundang bencana,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang ramai segera membuat laporan sekiranya mendapati terdapat kejadian kebakaran di kawasan kejiranan atau tempat terpencil. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan