Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jawatankuasa Belia Usia Pusat baru mampu tarik perhatian belia mengikuti program dakwah

12:11pm 14/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 75 views Tempatan
Jamawi (tengah) bersama ahli jawatankuasa Belia Usia Pusat sesi 2015/2017 yang baru dilantik

Jamawi (tengah) bersama ahli jawatankuasa Belia Usia Pusat sesi 2015/2017 yang baru dilantik

KENINGAU- Gandingan muka baharu dan lama yang dipilih menerajui ahli jawatankuasa Belia Usia Pusat selain diharapkan dapat transformasi peranan Belia Usia terutamanya untuk menarik sokongan generasi muda dalam program- program dakwah sekali gus memperkasakan lagi Islam di negeri ini.

Ketua Belia Usia, Jamawi Jaafar berharap barisan saf kepimpinan yang dipilih ini akan bergerak, bekerja, berjuang dan berkhidmat sebagai satu pasukan yang mantap untuk mengerakkan kegiatan Belia Usia di semua peringkat .pusat, bahagian dan cawangan terutamanya dalam program dakwah yang menjadi fokas utama Belia Usia Pusat

“ Perlantikan kali ini menyaksikan barisan kepimpinan yang seimbang dan saya berharap mereka yang dilantik dapat melaksanakan amanah yang diberikan bergerak sebagai sebuah pasukan bola sepak dimana mereka perlu memainkan peranan masing-masing mengikut posisi yang diamanahkan” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa Belia Usia Pusat sesi 2015/2017 yang pertama, disini, baru-baru ini.

Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno berkata, bagi melicinkan gerak kerja serta pengurusan di peringkat bahagian bahagian dan cawangan cawangan sebanyak enam zon dibentuk yang diketuai oleh seorang Pengerusi yang akan menyelaras segala program dan pengurusan mengikut zon-zon yang ditetapkan.

“ Dari segi kegiatan kita mahu semua zon dan bahagian terlibat dalam perlaksanaanya dimana segala program Belia Usia Pusat kita adakan 3 bulan sekali mengikut zon secara bergilir gilir mengikut kesesuian program yang bukan hanya tertumpu kepada bidang dakwah malah merangkumi pelbagai bidang lain, seperti ekonomi pendidikan sukan dan kebajikan ” tambah Jamawi.

Terdahulu, jawatankuasa Belia Usia Pusat turut mengadakan perjumpaan bersama Yang Dipertua Usia Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai bagi memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa Belia selain menjelaskan program program yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Belia Usia Pusat untuk tahun ini.- SayangSabah

Jamawi  (kanan) memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa Belia Usia yang baru kepada Yang Dipertua Usia Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai (membelakang)  yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung Usia Datuk Hamzah Zakaria (kiri)

Jamawi (kanan) memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa Belia Usia yang baru kepada Yang Dipertua Usia Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai (membelakang) yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung Usia Datuk Hamzah Zakaria (kiri)

 

 

 

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan