Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jawatan Timbalan Ketua Polis Untuk Tiga Daerah Di Timur Sabah

jalal

LAHAD DATU– Jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah akan diwujudkan di tiga daerah timur negeri bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaludin Abdul Rahman berkata tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) tersebut adalah Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Katanya kertas kerja untuk permohonan jawatan tersebut sudah dikemukakan kepada Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ketua Polis Negara telah menyatakan persetujuan untuk permohonan tiga jawatan timbalan ketua polis daerah itu,” katanya pada majlis Perasmian Kompleks IPD Lahad Datu yang disempurnakan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, di sini, Selasa.

Kini, hanya jawatan Ketua Polis Daerah untuk tiga daerah berkenaan.

Jalaludin berkata pangkat Supt dipohon untuk jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu manakala pangkat DSP untuk Kunak dan Semporna.

Mengenai pembinaan Kompleks IPD Lahad Datu, beliau berkata ia adalah bukti kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan polis kepada masyarakat.

Katanya, ia sejajar hasrat kerajaan untuk memberi yang terbaik kepada masyarakat dan pada masa sama menyediakan kemudahan selesa kepada anggota polis.

Pembinaan Kompleks IPD Lahad Datu membabitkan kos RM74 juta dan mula digunakan pada Julai tahun lepas.

Komen


Berita Berkaitan